Friday, October 20, 2017

HUBUNGAN SURAH

HUBUNGAN SURAH AL-'AADIYAAT DENGAN SURAH SEBELUMNYA

Bahawa surah ini, Allah SWT mencela mereka orang-orang yang telah mencintai kehidupan dunia dan mengabaikan kehidupan akhirat dan tidak mempersiapkan diri mereka untuk kehidupan akhirat itu dengan amal kebajikan sementara surah sebelumnya menceritakan tentang balasan atas perbuatan yang baik dan yang buruk.

HUBUNGAN SURAH AL-'AADIYAAT DENGAN SURAH SETELAHNYA

bahawa pada surah ini menerangkan tentang kejadian bahawa manusia akan dibangkitkan dari kuburnya, sementara pada surah Al-Qaari'ah menjelaskan tentang Hari Kiamat yang merupakan aplikasi dari hari berbangkit.

Sebagaimana pada akhir surah dijelaskan bahawa segala tingkah laku manusia akan diceritakan oleh Allah dan pada surah setelahnya Allah SWT memberikan balasan bagi perbuatan masing-masing.

KANDUNGAN

Allah bersumpah dengan kuda, kerana ia memiliki perangai terpuji yang tidak dimiliki oleh binatang lain. Hal itu kerana dia adalah kenderaan untuk perang bagi orang Arab dan mempunyai pengaruh atas jiwa kaum mukminin.

Padahal, terdapat anjakan untuk memiliki kuda dan berlatih dengannya untuk berjihad di jalan Allah. Juga seruan untuk membiasakan diri dengan urusan yang besar, bersungguh-sungguh dan sentiasa beramal serta untuk memiliki kuda dengan maksud-maksud yang baik.

Kelanjutan dari sumpah tersebut adalah penjelasan tabiat manusia, bahawa dia mengingkari nikmat dan lupa bersyukur kepada Khaliq Sang Pemberi Nikmat dan sering kali hal itu membuatnya kedekut dan meninggalkan infaq. Bahkan engkau lihat mereka bersungguh-sungguh mencari harta, sampai bersedia membinasakan dirinya demi harta.

Mereka memerhatikan dunia dan berpaling dari akhirat serta lupa pada hak Allah atas apa yang diberikan, sehingga Allah mengancamnya dan menjanjikan siksaan jika di tetap pada sifat-sifat ini dan tidak memperbaiki akhlaknya.


FAEDAH SURAH

1. Targhib untuk berjihad dan bersiap untuk itu dengan memiliki alatnya.

2. Penjelasan tentang hakikat manusia, bahawa dia mengingkari nikmat-nikmat Rabbnya dan kebanyakan mereka akan terus mengingat musibah yang pernah menimpanya serta melupkan nikmat tatkala nikmat itu melimpah ruah, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh.

3. Penjelasan tentang tabiat manusia yang sangat cinta pada harta.

4. Penetapan akidah tentang kebangkitan dan perhitungan.